Banjir Kilat Terus Menghantui Warga Kota Kuala Lumpur
Kuala Lumpur pada petang ini sekali lagi dilanda banjir kilat akibat taburan hujan yang turun dengan lebat walaupun dalam masa yang agak singkat. Hujan lebat yang mula turun pada waktu tengahari itu menyebabkan beberapa jalan-jalan utama di sekitar bandaraya telah dinaiki air sekitar tiga dan empat petang.
Memandangkan bulan Ramadhan, waktu tersebut rata-rata para pekerja warga kota sudah keluar dari tempat kerja masing-masing dan memulakan perjalanan pulang. Air yang naik di sekitar jalan-jalan utama menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan boleh mengundang bahaya kepada para pengguna jalan raya yang terperangkap.


14 Jalan-Jalan Utama Dinaiki Air
Berdasarkan laporan daripada pihak Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur )DBKL), berikut adalah senarai laluan utama yang telah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat tersebut:
- Jalan Pudu
- Jalan Tun Perak
- Jalan Travers
- Jalan Kuching
- Jalan Ampang
- Jalan Semantan
- Jalan Parlimen
- Jalan Changkat Thambi Dollah
- Jalan Tuanku Abdul Halim
- Jalan Segambut
- Jalan Jambu Golok
- Jalan Tun Razak (hadapan kedutaan AS)
- Lebuhraya Sultan Iskandar
- Jalan Sultan Ismail



Banjir Kilat Mula Surut Sekitar Jam 5 dan 6 Petang
Beberapa laluan utama di Kuala Lumpur yang telah dinaiki air pada kira-kira jam 3 dan 4 petang, sudah kembali digunakan sekitar jam 6 petang setelah banjir kilat di jalan-jalan tersebut telah mula surut sepenuhnya. Walau bagaimanapun keadaan trafik masih terus sesak untuk beberapa jam yang berikutnya.


Kejadian banjir kilat yang berlaku dan pulih dalam waktu yang singkat ini tetap memberi impak kepada seluruh warga kota yang menggunakan jalan-jalan utama tersebut setiap hari, juga akan memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang terjejas.
Pandangan dan pemikiran tentang peri pentingnya persediaan untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan seperti ini perlu diambil berat oleh semua pihak terutamanya di kalangan warga kota.
Dikongsikan lagi di sini, beberapa imej laluan dan jalan-jalan utama di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang terkesan dengan kejadian banjir kilat tersebut.






