Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Disambut Pada 2 Mei 2022

kuala-lumpur-road-nights

Tarikh satu Syawal untuk sambutan hari raya aidilfitri untuk seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 1443 Hijrah yang telah diisytiharkan jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 2 Mei 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah memberi sedikit kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selepas dua tahun berturut-turut hari raya aidilfitri terpaksa disambut dibawah perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik Covid-19, yang mana deretan pengumuman berkaitan PKP tersebut juga sedikit sebanyak turut memberi kejutan-kejutan samada dari segi tempoh perlaksanaannya, standard operation procedure (s.o.p) serta larangan dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Untuk tahun ini, elemen kejutan nampaknya terus berlaku, walaupun dalam konteks dan keadaan yang berbeza.

Di kala hampir keseluruhan rakyat terutamanya yang beragama Islam menjangkakan hari raya aidilfitri hanya akan disambut pada hari Selasa bersamaan dengan 3 Mei 2022 sebagaimana yang tercatit pada kalendar rasmi bagi tahun 2022 Masihi, pengisytiharan tersebut nyata memberi kejutan dan menimbulkan sedikit kekalutan.

Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah, sumber: Utusan Malaysia

Salah satu kekalutan dan kekeliruan awal yang terjadi adalah kerana pengumuman hari raya aidilfitri tersebut tidak berlaku serentak. Terdapat stesen televisyen yang telah menyiarkan lebih awal, seawal jam lapan malam sebelum bermulanya penyiaran berita perdana, sedikit lebih awal daripada sesetengah stesen televisyen utama yang lain.

Pada waktu yang kebanyakan umat Islam baru sahaja selesai menikmati juadah berbuka puasa, ada yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib dan ada yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat isyak dan seterusnya solat tarawih, secara tidak disangka-sangka, kedapatan masjid-masjid dan surau-surau sudah mula melaungkan takbir menandakan hari raya aidilfitri bakal disambut pada keesokan harinya.

Kekalutan ataupun suasana “panik” itu, telah menyebabkan pertambahan pergerakan kenderaan secara mendadak di lebuhraya-lebuhraya utama terutamanya dua hingga tiga jam selepas pengisytiharan hari raya aidilfitri tersebut dibuat. “Urgency” jelas sekali dapat dilihat dan dirasai terutamanya di kalangan warga kota yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Perkongsian posting dan status di laman-laman media sosial dapat menceritakan suasana yang sedang dihadapi.

aliran-trafik-mrr2-malam-raya-2022
Aliran trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada malam 1 Mei 2022 menjelang hari raya aidilfitri, sumber: SelangorKini, baca artikel penuh di sini

Tidak kurang juga keadaan yang berlaku di pasar-pasar raya dan juga di pasar-pasar menjual barangan basah. Tidak lama selepas pengisytiharan hari raya aidilfitri tersebut dibuat, Kawasan-kawasan membeli belah telah diserbu oleh orang ramai untuk mebuat persiapan terkakhir menjelang raya pada keesokan harinya.

Jalan-TAR-malam-raya-2022
Keadaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) menjelang hari raya aidilfitri pada Isnin, sumber: Astro Awani, baca berita penuh di sini.

Terdapat juga pasar-pasar menjual barangan basah terutamanya yang sudah berhenti beroperasi untuk hari tersebut, terpaksa dibuka semula untuk memberi peluang kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti daging, ayam dan sayuran.

pasar-basah-malam-raya
Peniaga kembali membuka kedai selepas pengisytiharan hari raya aidilfitri untuk memenuhi permintaan penduduk sekitar, sumber: Astro Awani, baca berita penuh di sini.

Tidak dinafikan, beberapa hari sebelum pengisytiharan tersebut dibuat, telah tular di media sosial tentang berkemungkinan hari raya aidilfitri bakal disambut pada hari Isnin, 2 Mei 2022, namun telah dinafikan oleh Balai Cerapan Al-Khawarizmi, sebuah agensi di bawah Jabatan Agama Islam  Melaka (JAIM).

raya-aidilfitri-awal-tular-palsu
Berita disiarkan pada 27 April 2022 tentang tangkap layar yang tular di sosial media, sumber: Harian Metro, baca berita penuh di sini.

Ini kerana, kaedah penentuan awal bulan Islam di Malaysia adala berdasarkan imkanurukyah (rukyah dan hisab). Selain pengiraan berpandukan ilmu matematik dan astronomi iaitu hisab, akitiviti cerapan ataupun rukyah untuk melihat kenampakan anak bulan hanya akan dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah. Jadi sebarang spekulasi tentang penentuan tarikh hari raya aidilfitri sebelum 29 Ramadan 1443 Hijrah adalah tidak relevan dan harus diabaikan.

penjelasan-penetapan-satu-syawal
Penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang penetapan tarikh satu Syawal, sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, baca artikel penuh di sini.

Hasil daripada proses cerapan yang telah dilakukan pada tarikh tersebut, satu daripada 29 lokasi cerapan yang telah ditetapkan, telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekaligus menyebabkan tarikh satu Syawal untuk hari raya aidilfitri diisytiharkan pada hari Isnin, bersamaan dengan 2 Mei 2022.

Sejauh mana cabaran dan rintangan yang berlaku, hari raya aidilfitri di Malaysia pada tahun ini sudah tentu menjanjikan kemeriahan yang perlu diiringi dengan rasa penuh kesyukuran di kalangan rakyat seluruhnya.

Walaupun pengumuman telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan peralihan ke fasa endemik bermula 1 Mei 2022, di mana sector ekonomi telah dibuka sepenuhnya dan juga kelonggaran dari segi standard operating procedure (SOP) terutamanya dari segi pemakaian pelitup muka secara pilihan ataupun “optional” di kawasan terbuka, pematuhan terhadap SOP dan kawalan kendiri tetap perlu dilakukan dan diteruskan, seperti yang disarankan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan.

malaysia-fasa-endemik-april-2022
Garis panduan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022, sumber: Prime Minister Office of Malaysia, baca artikel penuh di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *