Semenjak umur kanak-kanak, saya dibesarkan oleh ibu dan ayah yang sering membandingkan pencapaian akademik saya dengan sepupu-sepupu yang sebaya atau beza umurnya hanya satu atau dua tahun.
Pada satu sisi, saya melihat itu menjadikan apa diri saya sekarang, dapat menempatkan diri secara konsisten di kalangan pelajar terbaik dan memperoleh biasiswa dan jawatan dengan syarikat terkemuka berdasarkan merit sebagai contoh.
Perseteruan maya yang tidak bertrofi ini, malah tidak pernah dibincangkan pun di kalangan kami, berlaku saban tahun, menjadi lebih hangat bahangnya ketika peperiksaan-peperiksaan umum.

Ianya berpanjangan hinggalah selepas tahun persekelohan, kursus dan universiti apa yang ditawarkan, pekerjaan ape dan organisasi apa yang disertai, termasuklah jenis kereta dan pemilikan rumah yang dibeli.
Sejujurnya mungkin saya sendiri yang berperasaan begitu, tapi hakikatnya mereka juga menunjukkan pencapaian yang sangat baik,,seolah-olah mereka juga mendapat peringatan sebegitu tegas oleh ibu bapa masing-masing to stay on course dindalam persaingan ini.
Walaupun begitu tidak lah pernah kami bermasam muka tentang hal itu. Memang tidak pernah dibincangkan langsung di kalangan kami termasuk dari segi sindiran mahupun perli memerli di antara kami.

Persaingan itu mereda dengan sendiri dan lenyap perlahan-lahan, seiring dengan peningkatan usia dan kematangan, disaduri dengan pengalaman dan pengajaran yang mengertikan nilai perdamaian kepada pelbagai ketidakpastian yang sudah siap sedia menanti di masa-masa yang ke depan.
Kesinambungan pendapat peribadi berdasarkan pengalaman, berkaitan buku Berdamai Dengan Ketidakpastian karya Imran Zaki.
Bedah Buku
- Penulis: Imran Zaki
- Penerbit: Iman Publication
- Tahun Terbitan: 2023
- Bahasa: Bahasa Melayu
- ISBN: 9789672459644
- Bil. Muka surat: 255m/s
- Format: Paperback
- Harga Asal: RM32.00
- Harga Selepas Diskaun: RM 27.20

Get another 5% off with our Coupon Code:
Type MYKLSHOP in Discount Code Section.
