Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Namun, malangnya, dia sering tidak diberikan perhatian yang sepatutnya.
Ramai di kalangan kita hilang kawalan ke atas kewangan oleh kerana tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang berkesan.
Bila mana masalah kewangan timbul, kesannya boleh jauh lebih besar daripada kehilangan wang semata-mata.

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan terutamanya golongan muda yang baru memulakan hidup secara mandiri.
Dan ternyata sekali, proses menjadi dewasa adalah sesuatu yang tidak diajarkan kepada kita oleh guru di sekolah mahupun ibu bapa di rumah.
Seolah-olah seperti satu normalisasi kepada graduan-graduan muda yang baru sahaja mendapat segulung ijazah dan pada masa yang sama menjadi penghutang terhormat dek kerana menanggung hutang pengajian sehingga menjadi isu nasional yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Usaha dan ikhtiar untuk keluar daripada permasalahan ini seringkali disalah ertikan, semuanya dihempukkan kembali ke atas bahu kita dan seolah-olah meletakkan semua kekhilafan yang terjadi berpunca daripada sikap kita tanpa mengambil kira situasi dan keadaan tertentu yang dialami oleh setiap daripada kita.
Makanya, ianya akan terus membunuh semangat yang ingin bangkit, terpasak terus di perut bumi tetapi permasalahan demi permasalahan yang berantaian akan terus muncul dan berakumulatif di awang-awangan tanpa penyelesaian.

Hasil tulisan Suraya Zainudin dari Ringgit Oh Ringgit di dalam buku “Bergaji dan Pokai” cuba dengan sebaiknya untuk mendekati terutamanya golongan muda yang terjebak lalu terhimpit dengan masalah kewangan di awal fasa permulaan kehidupan.
Bukan sahaja kaedah dan pendekatan yang berkesan, kaedah-kaedah yang seringkali gagal dan kurang bersesuaian juga dikongsikan di dalam buku ini sebagai satu jentikan kepada pembaca-pembaca seperti kita yang seringkali rebel dan ego daripada menerima nasihat daripada orang lain.
Bedah Buku:
Penulis: Suraya Zainudin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459552
Bil. Muka surat: 230m/s
Format: Paperback
Harga Asal: RM30.00
Harga Diskaun: RM28.50

Get another 5% off with our Coupon Code:
Type MYKLSHOP in Discount Code Section.
