Kepentingan Kesihatan Gigi Dan Mulut Kepada Sistem Ketahanan Badan

healthy-teeth-smile

Kesihatan Oral dan Sistem Imuniti Badan

Memiliki kesihatan gigi, gusi dan mulut yang baik, merupakan antara faktor yang sangat penting dalam memberi kekuatan tambahan kepada sistem imuniti badan.

Ditambah dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia semenjak beberapa tahun lalu dan ianya masih wujud dan tetap kekal di dalam komuniti dan masyarakat, adalah sangat penting untuk kita mengambil berat tentang perkara-perkara sebegini yang nyata akan dapat membantu kita untuk kekal sihat dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti oleh wabak penyakit yang berbahaya seperti ini.

coronavirus-disease-covid19

Akibat Mengabaikan Penjagaan Kesihatan Gigi dan Mulut

Sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan gigi dan mulut yang baik boleh mengundang masalah di kemudian hari. Bermula dari gusi bengkak, gusi mudah berdarah apabila memberus dan ketika melakukan flos, serta kemunculan karang gigi yang menandakan berlakunya pengerasan plak, dan gigi berlubang (karies).

Masalah-masalah tersebut jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan, boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada rongga mulut, seterusnya boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius termasuk penyakit berkaitan masalah kardiovaskular, diabetis melitus dan aterosklerosis.

The Word of Mouth, poor oral health could lead to other serious problem, by Listerine Malaysia

Cara-Cara Penjagaan Kesihatan Gigi dan Mulut Yang Disarankan

Perkara asas dalam menjaga kebersihan dan kesihatan gigi dan mulut adalah dengan sekurang-kurangya menggosok gigi setiap pagi dan pada waktu malam sebelum tidur. Memberus gigi hanya dapat membersihkan bahagian mulut anda sekitar 25% hingga 35% sahaja.

dental-care-good-teeth

Aktiviti flossing dengan menggunakan benang gigi ataupun dengan menggunakan interdental tooth brush dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi dan juga bahagian-bahagian dalam mulut yang sukar dibersihkan sepenuhnya dengan hanya menggunakan berus gigi.

dental-care-floss

Selesai memberus gigi dan flossing, amatlah digalakkan untuk berkumur dengan cecair antiseptik untuk membersihkan seluruh bahagian rongga mulut dalam usaha kita untuk mengnyahkan kuman dan bakteria daripada terus berkumpul pada gigi yang boleh menyebabkan penghasilan plak dan karies gigi (gigi berlubang).

The Word of Mouth, time to clean up by Listerine Malaysia

Dikongsikan di sini cecair antispetik Listerine keluaran Johnson & Johnson yang boleh didapati secara online di platform e-dagang Lazada melalui Johnson & Johnson Lazada Official Store.

Selain itu, berikut adalah beberapa pilihan interdental tooth brush yang boeh digunakan untuk aktiviti flossing:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *