Ramadhan Kembali dan Fasa Endemik
Tidak lama sahaja lagi, bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma kembali. Mungkin pada tahun ini ada sedikit perbezaan dari segi suasananya semenjak berlakunya pandemik Covid-19 beberapa tahun lepas.
Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara kita bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April 2022. Sempadan negara bakal dibuka, aktiviti ekonomi bakal semakin rancak, tiada lagi penjarakan sosial untuk solat di masjid, solat tarawih dan aktiviti berbuka dan juga moreh adalah dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau.
Walaupun demikian, sangat penting untuk kita kekal dengan amalan-amalan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan untuk mengurangkan risiko-risiko daripada dijangkiti oleh Covid-19 ini.

Mood Raya Kian Menjelma
Berdasarkan pemerhatian terutamanya sekitar dua minggu yang kebelakangan ini, aktivti penjualan dan pembelian untuk barangan berkaitan Ramadhan dan Syawal seperti kurma, kuih muih raya termasuklah busana dan baju raya nampaknya sudahpun bermula.
Posting dan story di ruangan media sosial sudah mula dipenuhi dengan tawaran dan promosi hebat barangan-barangan raya daripada pihak penjual kepada para pelanggan, tidak kurang juga program-program agent dan dropship raya disediakan kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadhan ini.
Segmen Baju Raya – Delisha Kurung Batik.
Untuk ruangan fashion mykl shop kali ini untuk segmen “baju raya”, kami bawakan kepada anda Delisha Kurung Batik by Beautyscape.aa.
Didatangkan dengan enam pilihan warna termasuk lilac purple, mulberry (wine purple), emerald green, pastel yellow, rose pink, dan pastel sage green dengan harga promosi hebat raya hanya RM 199 sepasang, termasuk dengan penghantaran percuma.

Saiz yang tersedia untuk Delisha Kurung Batik ini adalah saiz XS, S, M, L, dan XL, sila rujuk table dalam ukuran inci pada gambar di bawah:

Kenapa Delisha Kurung Batik?
Sentuhan tradisi melayu melalui batik jenis cotton dengan potongan moden mermaid cutting skirt, dipadankan dengan sakura silk blouse dengan kombinasi warna yang padan dan menarik, pastinya akan membuatkan si pemakai kelihatan manis dan menawan di kala raya nanti.
Faktor keselesaan kepada si pemakai menjadi unsur penting untuk baju raya ini melalui ciri-ciri seperti loose cutting dan non-see-through blouse dan juga semi stretchable waist band yang ada pada bahagian skirt Delisha Kurung Batik ini.
Di bahagian hujung lengan blouse baju raya ini dilengkapi dengan zip, yang memudahkan si pemakai bila mana perlu untuk menyingsing lengan baju mereka untuk melakukan aktiviti tertentu seperti untuk berwudhuk, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
Ingin tahu lebih lanjut?
Sila klik button di bawah ini mengetahui lebih lanjut tentang baju raya Delisha Kurung Batik ini, jika berminat untuk memilkinya, anda boleh membuat pembelian secara online di sini.
