Terikuti kedegilan rasa hati
Sarah Amani, secara tidak sengaja mencipta dunia mitos bernama Lagenda pada usia lapan belas tahun. Lima tahun telah berlalu, dan dia berada dalam keadaan untuk melupakan sepenuhnya tentang dunia maya yang diciptanya sendiri, sehinggalah dia menerima nota yang menjemputnya untuk kembali ke situ.
Kisah Sarah Amani ini akan menerokai makna pencarian jati diri, penerimaan qada’ dan qadar serta rasa tanggungjawab untuk memperbetul keadaan daripada menjadi lebih teruk terlepas ke tangan opportunis yang lebih kejam dan penuh dengan kerakusan.

Kenali Kemampuan Diri
Perjalanan Sarah ke alam Lagenda bukan sahaja fizikal tetapi juga emosi. Dia terpaksa berdepan dengan kesilapan lalu, akibat daripada tindakannya.
Dia terpaksa menghadapi realiti bahawa dialah punca kewujudan Lagenda dan dia mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya.
Perjalanan penemuan jati diri ini membolehkan Sarah menyedari bahawa dia mampu melakukan lebih daripada yang pernah dia bayangkan.

Menerima Seadanya
Sarah terpaksa menerima bahawa dia telah melakukan kesilapan dengan penciptaan Lagenda, tetapi dia juga terpaksa menerima bahawa dia tidak boleh berpatah balik dengan apa yang telah terjadi.
Dia perlu bertanggungjawab atas tindakannya dan memastikan Lagenda dilindungi daripada mereka yang ingin mengeksploitasinya.
Penerimaan ini membolehkan Sarah bergerak ke hadapan dan melindungi apa yang berharga baginya.
Do The Right Things
Keazaman Sarah untuk melindungi Lagenda dalam apa jua keadaan adalah bukti kepentingan melindungi apa yang berharga.
Dia tahu bahawa dia satu-satunya yang boleh melindungi Lagenda, dan dia sanggup membakar setiap pintu dan peninggalan yang menyatukan dunia untuk berbuat demikian.
Perjalanan Sarah kembalik ke Lagenda membolehkannya menghadapi kesilapan lalu, menerimanya dan melindungi apa yang berharga baginya.
Ini sebagai kata dua bahawa kita semua mempunyai segalanya untuk melindungi apa yang berharga bagi kita dan bahawa adalah penting untuk mengambil tanggungjawab ke atas setiap tindakan yang telah diambil.
